Pemantun tuan rumah diwakili Nurul Syaraien Mat Yusop, Sakinah Idris, Nurul Husna Muhamad Tahir dan Nur Fadilah Ahmad.
Tempat ketiga disandang SMK Maran dan Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Chenor di sini.
Sebanyak lebih 10 tema ditetapkan pada setiap pusingan seperti kasih sayang, budi, nilai murni, patriotik, kebersihan dan alam sekitar.
Dalam pertandingan akhir bahas ala Parlimen, lima pelajar yang mewakili SMK Seri Jengka iaitu Nur Amirah Abd. Jalil, Norain Mohd. Wazir, Mohd. Hawari Hanifah, Mohd. Zaim Mussshakirin Utoh @Arbain dan Nadiah Zainal yang bertindak sebagai pembangkang menewaskan pesaing mereka dari SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor sebagai pencadang.
Norain yang mewakili SMK Seri Jengka dipilih sebagai pembahas terbaik dalam perbahasan bertajuk Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah wajar menggunakan bahasa Melayu'.
Tempat ketiga disandang SMK Jengka 21 dan SM Teknik Pertanian, Chenor.
Pengerusi jawatankuasa pertandingan itu, Saimah Hasan ketika ditemui berkata, pertandingan pantun dan bahas itu membabitkan 20 sekolah menengah dalam daerah Maran.
Jelas beliau, pertandingan itu bertujuan mencungkil dan memupuk bakat pelajar dalam bidang kokurikulum di samping memilih wakil Maran ke kejohanan peringkat negeri.
Menurutnya, pertandingan seumpama itu dapat menjadikan pelajar lebih berani, berkeyakinan dan matang.
Sumber: Utusan Malaysia, 14 April 2009.