Dunia Pendidikan
 
 
 
Peranan Guru Penting Untuk Melonjakkan Keupayaan Diri Saya - Nik Nur Madihah
Nik Nur Madihah Mohd. Kamal , pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, mengakui rahsia kejayaannya berpunca dari peranan para guru yang berjaya melonjakkan keupayaan dirinya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang. Beliau berkata demikian semasa berkongsi rahsia kejayaannya dengan 200 pelajar sempena Ekspo Pendidikan Mara peringkat negeri Kelantan pada 22 Mac lalu.


''Mereka bersedia mengetepikan kepentingan sendiri apabila diminta membantu ketika saya menghadapi masalah dalam pelajaran," ujarnya. Nik Nur Madihah menceritakan bahawa beliau pernah bertanyakan soalan kepada seorang guru ketika dia sedang membuka pintu kereta untuk pulang dan guru tersebut menangguhkan hasratnya itu bagi membantunya.

Selain itu katanya, bagi mengelakkan kebosanan semasa belajar, dia berusaha meminati sesuatu pelajaran antaranya menyukai guru-guru itu.

''Saya berusaha menyayangi semua guru dan mahu menggembirakan mereka dengan keputusan yang cemerlang," ujarnya semasa sesi soal jawab dengan pelajar.

Nik Nur Madihah berkata, dorongan seterusnya berpunca daripada kesusahan hidup yang dialaminya. Beliau berlajar bersunguh-sunguh untuk membalas jada kedua ibu bapanya.

''Saya perlu berusaha gigih kerana kecemerlangan itu merupakan hadiah paling berharga untuk kedua ibu bapa,'' ujarnya.

Katanya, dia juga mengamalkan amalan harian termasuk solat hajat dan menyertainya dengan doa.
 
 

Arts of physics
 



 

Click Here to Advertise On My Blog
 
Perbankan Elektronik
 

Jom Sembang

 
 

Your Ad Here
Pautan Lain