SMK Seri Jengka turut memenangi tempat pertama pertandingan syarahan agama lelaki melalui pesertanya, Mohd. Salehudin Ahmad manakala Mohd. Hafizul Amirul Sham dari SMK Kampung Awah (kedua) dan Mohd Ab. Aziz Ismail dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Mahmudi di tempat ketiga.
SMK Seri Jengka turut mempamerkan kehebatan apabila muncul johan kuiz agama dengan SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor dan SMK Chedung Jaya, Maran masing-masing tempat kedua dan ketiga.
Selain itu, SMK Seri Jengka muncul juara pertandingan nasyid mengetepikan SMK Maran dan tuan rumah SMK Jengka 18 yang mendapat tempat kedua dan ketiga.
Perasmian program disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Muhammad Awang Nit.
Hadir sama ialah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Zainul Abidin Daud.
Pertandingan Tahfiz al-Quran kategori lelaki menyaksikan Firdaus Kamarulzaman dari SMA Al-Mahmudi muncul juara, M. Mustafa Hafizudin dari SMA Maran (naib johan) dan Mohd. Ruzaini Azuha Mohd Amin dari SMA Chenor (tempat ketiga).
Kategori perempuan dimenangi Masyitah Jantan dari SMA Chenor manakala Nur Fazlina Amirudin (SMK Seri Jengka) dan Nor Aishah Adila Azieh (SMA Maran) masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.
Bagi pertandingan syarahan agama perempuan pula, peserta SMK Kampung Awah, Siti Nor Aniyah Idris muncul juara sementara Nurul Amirah Abd. Jalil (SMK Seri Jengka) dan Nurul Khatijah Abd.Rafar (SMA Maran) memperoleh tempat kedua dan ketiga.
Sementara itu dalam ucapannya, Muhammad mengingatkan pelajar supaya berusaha keras menguasai dan mempelajari al-Quran kerana ia amat penting sebagai panduan di dunia dan akhirat.
Beliau kesal kerana masih ada pelajar sekolah menengah yang buta al-Quran sedangkan ia amat penting dipelajari sejak di sekolah rendah.
''Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran merangka program bersepadu di sekolah rendah dan menengah supaya generasi muda mengenal dan menguasai al-Quran,'' katanya.
Sumber: Utusan Malaysia, 4 April 2009.